Monday, December 3, 2012

Tisu......oh.......tisu...

Sedar tak sedar rupanya dah nak habis dah tahun 2012 dan sedar tak sedar jugak dah 4 bulan dah aku terjebak dalam industri tisu serviette ataupun dengan perkataan mudah tisu yang org lap tangan masa lepas makan.......ataupun tisu org guna masa kenduri kahwin tu...Memang nampak simplekan......tetapi sepanjang aku duk usha-usha dan tanya-tanya Mr. Google ni........macam tak ada org yang sebangsa dengan aku menceburi secara serius dalam industri ini. Kebanyakan yang bergiat aktif dalam bidang ini adalah bangsa yang menguasai ekonomi Malaysia. Maksudnya ini sudah bagus sebab aku boleh tolong org sebangsa aku untuk dapatkan tisu dengan lebih mudah dan dapat menolong menaikan ekonomi mereka juga....

  Sebenarnaya aku terjebak dengan industri ini secara tak sengaja, segalanya bermula 6 bulan yang lepas, masa tu aku dah lama tak jumpa kawan aku yang aku dah kenal hampir-hampir 3  tahun. Aku kenal kawan aku ni pun masa kami  sama-sama buat side income suatu masa dulu, sebenarnya sampai sekarang side income tu aku masih buat. Jadi disebabkan dah lama tak jumpa, aku pun ajak lah dia untuk jumpa makan tengahari, so aku set time kita org jumpa di Masjid UM, disebabkan hari tu hari jumaat so solat jumaat dulu lh...lepas solat baru aku lepak makan tengahari...sambil borak-borak, aku tanya apa side income yang dia buat sekarang....dia pun cakap dia ada projek baru......aku pun tanya apa?.....so dia cakap nak buka kilang tisu......fuhhhh mantapnya aku cakap, aku cakap dengan dia besar tu modal......dia cakap nak buat kecil-kecilan dulu. Kawan aku cakap dia dah ada 2 orang lagi rakan kongsi......so aku mengia je lah. Best jugak kalau aku pun ada bisness macam dia nih "' tu suara dalam hati je lah" sebab aku tahu aku memang tak mampu nak buat bisness ini sebab modalnya memang besar beb. So aku dan kawan aku tu banyaklah bincang pasal macam-macam idea bisness yang lain, kami ini memang suka bisness dan cari peluang untuk menaikkan taraf hidup walaupun kedua-dua kami masih bekerja.

Dah hampir 1 jam kita orang berdiskusi, aku pun minta diri dulu untuk balik pejabat sambung kerja-kerja yang tertunggak. kami pun beredar ke kereta masing-masing, dalam perjalanan ke kereta tu........aku saja berseloroh....aku cakap kat kawan aku " bro kalau kau nak modal untuk bisness kau ni boleh la aku fund sikit-sikit, banyak tak dapat lah'' dia tengok sahaja kat aku......pastu dia cakap '' serius kau nak fund kat aku?"' aku cakap ye lah tapi sikit-sikit je lah. Lepas tu dia pun setuju untuk aku fund sedikit modal untuk buka kilang tisu.............

Sejak itu bermula lah episod tisu dalam dairi hidup aku......walaupun sebelum ini memang aku tidak kisah sangat pasal tisu-tisu ni, tetapi sekarang aku kena amik tahu sebab aku sudah terjebak. 



                                                                   Tisu Serviette

No comments:

Post a Comment